Sejahtera ke atas kamu.
Ada hal-hal yang kita temui hari ini, yang bukan pun dalam percaturan kita.
Ada hal-hal yang mahu kita jauh darinya, tapi yang itulah yang mendekat.
Ada hal-hal yang kita impi dan mimpi, tapi tak mungkin kita dapatkan.
Ada hal-hal yang kita nantikan, ia datang tapi segera pergi sebelum sempat dimiliki.
Ada hal-hal yang menjemput gerimis dari hati,
yang kita tahu seperit mana menanggungnya; bila terluah tidak, hanya kekal menyesakkan dalam gerimis yang setiap jatuhnya memedihkan. Gerimis yang menjemput gering.
Dan lebih menyesakkan, apabila ianya datang seperti berulang, entahkan bila akan pulang.
Gerimis 2 Ramadhan,
18052018
Maaf, ini bukan blog peribadi yang menulis baru sekejap saya makan apa, pergi mana, dengan siapa dan sebagainya (Kalau ada, mungkin saya dalam kondisi yang kurang stabil fikirannya). Cuma campuran cebis-cebis ilham, rasa hati, pendapat, pandangan dan kegilaan yang penulis rasakan. Kalau ada salah silap, tegurlah. Saya tak makan orang.
Hey yang di sana!
Belog ni masih kosong. Masih mentah. Moga kunjungan kalian menghapus gundah. :)
Friday 18 May 2018
Wednesday 3 January 2018
#26 Normal
Sejahtera ke atas kamu.
Tadi malam, aku menjalani sesuatu yang di luar kenormalanku. Menjejak langkah-langkah, menderap kaki pada tanah yang aku canggung.
Aku tidak sendiri.
Di sisiku satu yang turut berjuang untuk diri sendiri. Yang turut mahu berdiri; dan berlari.
Kita menjadi normal.
Kita mengambil nafas, lalu dihembus perlahan.
Kita berbaring berlantaikan alam, lalu kita mendongak dalam nafas yang dihirup-hela. Di depan kita apungan langit malam seluas-luasnya.
Kita tidak bermimpi.
Seperti tujuan-tujuanku; aku sedar, kali ini aku tidak bermimpi.
Semalam yang normal,
02012018

Subscribe to:
Posts (Atom)