Hey yang di sana!

Belog ni masih kosong. Masih mentah. Moga kunjungan kalian menghapus gundah. :)

Wednesday 3 January 2018

#26 Normal

Sejahtera ke atas kamu.

Tadi malam, aku menjalani sesuatu yang di luar kenormalanku. Menjejak langkah-langkah, menderap kaki pada tanah yang aku canggung.

Aku tidak sendiri.

Di sisiku satu yang turut berjuang untuk diri sendiri. Yang turut mahu berdiri; dan berlari.

Kita menjadi normal.

Kita mengambil nafas, lalu dihembus perlahan.
Kita berbaring berlantaikan alam, lalu kita mendongak dalam nafas yang dihirup-hela. Di depan kita apungan langit malam seluas-luasnya.

Kita tidak bermimpi.

Seperti tujuan-tujuanku; aku sedar, kali ini aku tidak bermimpi.



Semalam yang normal,
02012018