Hey yang di sana!

Belog ni masih kosong. Masih mentah. Moga kunjungan kalian menghapus gundah. :)

Thursday 29 August 2019

#28 Hati Hati

Sejahtera ke atas kamu.



Apa khabar hati hati kita?
Masihkah seperti yang terakhir kali?


Di manakah hati hati kita saat lebat tangis awan?
Apa rasanya saat titisnya menyentuh tubuh yang layu?
Bila waktunya nama-nama kita menjadi picu alah, sarat rasa?
Bagaimana kita mulai tertawakan diri yang (di luar) masih kebal?

.
.
.
Dan,

Siapa yang sejak terakhir telah benar-benar sembuh perasaannya?



Moga saja hati hati kita cukup tangguh untuk menjalani hari-hari depan nanti.



Semalam yang keributan,
29082019








Friday 18 May 2018

#27 Gerimis

Sejahtera ke atas kamu.


Ada hal-hal yang kita temui hari ini, yang bukan pun dalam percaturan kita.

Ada hal-hal yang mahu kita jauh darinya, tapi yang itulah yang mendekat.

Ada hal-hal yang kita impi dan mimpi, tapi tak mungkin kita dapatkan.

Ada hal-hal yang kita nantikan, ia datang tapi segera pergi sebelum sempat dimiliki.

Ada hal-hal yang menjemput gerimis dari hati,
yang kita tahu seperit mana menanggungnya; bila terluah tidak, hanya kekal menyesakkan dalam gerimis yang setiap jatuhnya memedihkan. Gerimis yang menjemput gering.

Dan lebih menyesakkan, apabila ianya datang seperti berulang, entahkan bila akan pulang.



Gerimis 2 Ramadhan,
18052018




Wednesday 3 January 2018

#26 Normal

Sejahtera ke atas kamu.

Tadi malam, aku menjalani sesuatu yang di luar kenormalanku. Menjejak langkah-langkah, menderap kaki pada tanah yang aku canggung.

Aku tidak sendiri.

Di sisiku satu yang turut berjuang untuk diri sendiri. Yang turut mahu berdiri; dan berlari.

Kita menjadi normal.

Kita mengambil nafas, lalu dihembus perlahan.
Kita berbaring berlantaikan alam, lalu kita mendongak dalam nafas yang dihirup-hela. Di depan kita apungan langit malam seluas-luasnya.

Kita tidak bermimpi.

Seperti tujuan-tujuanku; aku sedar, kali ini aku tidak bermimpi.



Semalam yang normal,
02012018

Tuesday 26 December 2017

#25 Benar Kisahnya

Sejahtera ke atas kamu


Pernah terfikir tak, dalam pembikinan sesebuah cerpen/novel yang melankolik tu sebenarnya dah berbengkak-bengkak mata penulisnya, dah berkali-kali menangguhkan kerja-kerja menulis sebab emosinya sendiri yang kacau-bilau?

Aku rasa benda ni jadi mostly to writers yang tulis berdasarkan kisah sebenar/separa benar. Bila inject sesuatu yang benar-benar terjadi, we know the characters closely, we understand the situation, perfectly familiar with everything in the story and bammm, that's why emotions take control. Kuajaq jugak la bila bayangkan.

Kalau bercakap tentang latar masa pulak, kadang-kadang antara satu peristiwa ke satu peristiwa yang seterusnya terlalu jauh jaraknya dan terlalu lama jugalah penantian untuk sambungan cerita. Contoh, lepas beberapa bulan/tahun baru ada sesuatu yang baru berlaku dalam realitinya. Maka, dari situlah penulis berdikit-dikit menambah progress ceritanya. Long journey. Phew.

Cerita sedih ni kadang-kadang macam too cliché, but trust me, sometimes really happen dengan sungguh tipikal sekali. But still, genuine story(ies). And yeah, true stories ni payah sikit nak tamatkan. Because they are still happening kan. Kadang-kadang untuk tamatkan sesebuah kisah benar tu, kena cari titik yang paling memberi impak. Only then can consider it as an end (walaupun kisah di sebaliknya masih panjang).

So here I'm gonna thank to all writers yang menulis dengan penuh ketelusan, ketulusan, kejujuran dan keikhlasan dalam usaha untuk menyampaikan cerita. Di sebalik setiap cerita tu memang banyak yang kita boleh kenang. I learned a lot from every (sad) story. Truly love cerita yang relatable, yang bawa aku ke dalam ceritanya dan ada nilai untuk diambil.

Just my random thoughts, after so long.

Aaa.. It feels good to membebel panjang-panjang lagi kat sini.


Yeah,
KOSONG, 26122017

Friday 13 March 2015

#24 Kembali

Sejahtera ke atas kalian.


Lama. Lama sangat sejak kali terakhir di sini. Dan sekarang, kembali. Kembali dengan topik ni, hari ni.






Tentang siapa, jangan tanya. Aku nak kongsi perkara lain, tentang menghadapi walimah mantan kesayangan atau kerash. Yup, lame sangat kalau terus down, menangis meratap segala bila jadi macam tu. Tapi ingat, ketentuanNya tak mampu kita tolak. Redha. Kalau pun terlalu payah, pujuk diri, jaga hati.

Maka aku kongsikan tips menghadapi kegundahan jiwa mengikut idea separa logik dari aku yang tak berapa real ni.


1. Menangis
Let it out. Seriously. Let it. But promise, lepas tu no more tears. Lemah untuk ketika tu saja. Jangan lemah selamanya.


2. Habiskan
Kalau kisah kalian belum berakhir, akhirkanlah sehabis-habisnya. Ada apa-apa yang masih belum terluah, luahkanlah segala-galanya. Itu yang terakhir. No more stories, kalaupun kalian tak bercakaran. Langkah untuk elak terkilan dan elak berhubungan.


3. Pujuk
Tak payah nak pujuk untuk seperti sediakala eh. No such thing. Pujuk diri sendiri untuk terima the reality of life. We are not living in a fairytale. Memang drama habis bila mantan kembali dengan kad undangan, hang sebak, hang frust tergolek dan sebagainya. Tapi no such drama yang last minute hang boleh stop mantan daripada meneruskan rancangan membina kehidupan baru. No no no.


4. Tenang
Tenangkan diri. Elakkan fikir apa-apa pasal kegundahan tu. Kalian orang-orang yang kuat dan hebat. Kalau berkelapangan pada hari yang diundang, pastikan betul-betul tenang jiwa raga baru penuhi jemputan. Kalau serabut tahap puting-beliung, lupakan. Kalau memang ada perkara lain nak diselesaikan pada waktu yang dirancang, tumpukan sepenuh perhatian. Jantung berdegup irama rap tu biasalah. Sang mantan yang tengah melangsungkan tu apatah lagi.


5. Terus
Jalan terus. No more pusing-pusing belakang acah-acah mengenang nostalgia. Tak elok. Kata omputih, move on. Yup, move. Never go back, never stay. Dan sebagaimana kalian mendoakannya ketika sama-sama bahagia, doakan juga untuk masa depannya bersama pendamping jiwa. Doakan yang terbaik untuk keduanya. Doakan untuk kalian juga. Kasih bukan hanya untuk bersama. Kasih sesama manusia,  hanya atas izinNya. Moga yang terbaik untuk semua.




Jaga diri. Jaga iman. Jaga amal. Jaga dia...

Tuesday 8 April 2014

#23 Sama

Sejahtera ke atas kamu.




Sepertinya kamu sedang kosong. Aku juga. Aku juga.

Sepertinya kamu bingung. Aku juga. Aku juga.

Sepertinya sedih kamu dilindung. Aku juga. Aku juga.

Sepertinya beban-beban kamu tanggung. Aku juga. Aku juga.

Sepertinya kamu sepi dari senandung. Aku juga. Aku juga.



Entah dari sudut mana harus aku perjelaskan,

Seluruh rasaku lebih rapuh daripada kamu yang kukuh.

Jiwa aku lebih kacau daripada kamu yang utuh pegangannya.

Jasad aku sedang sembuh, sedang kau segar tanpa calar.



Entah bagaimana,
Entah bagaimana.


Tunjukkan aku satu jalan
buat aku tuju ke kamu
dan memegang sedihmu
Lalu bisa aku campak jauh
Bisa aku lempar, hancur
Moga jiwamu tak terbinasakan
oleh sebuah igau bodoh yang melumat rasamu;



juga rasaku.






Tuesday 18 February 2014

#22 Jarak-Cinta




Aku tahu jiwa kau kacau. Pandangan kau silau dek bias cahaya menikam yang tanpa punca.

Kau terlalu takut ditinggalkan, sedang aku terlalu khuatir menjadi salah satu yang meninggalkan. Seluruh raga menyumpah semua jiwa yang telah pergi tanpa bekalan kasih, tanpa pamit yang mengamankan. Seluruh rasa mencuba memeluk dingin riakmu, moga menghangatkan jiwa kecil kamu yang sedang menggigil sendiri.

Tak ada sangka yang buruk melintas dalam ruang fikir, hanya kerana kau yang diam atau dingin dalam bicara.

Tak ada marah yang menghuni, biar kadang sabar diuji berganda daripada yang bersisa.

Tak ada kecewa yang menginap, walau sesekali hati dijentik seribu tanya.



Sayang (teman), buat kali ini aku mau kau tau bahawa kasih aku pada sahabat yang selalu mengandal saat aku hampir-hampir telentang takkan pernah padam.

Sudahkan fikiran kacau mu, kerna kau akan selalu ada aku. Walau kita beda, kau tetap saja yang selalu mengerti aku. Walau aku berlagak seperti si tua, tetap saja kau mengulang nostalgia. Dan nostalgia ini akan selalu bersama, walau suatu saat kelak ada jarak antara kita.


Tanda kasih aku pada seorang teman, maka hari ini aku kembali menyusun kata; buat memujuk jiwa yang sarat duka.