Hey yang di sana!

Belog ni masih kosong. Masih mentah. Moga kunjungan kalian menghapus gundah. :)

Friday 11 January 2013

#1 Awal Kalam


Sejahtera ke atas kamu.


Dah lama berhenti menulis belog. Canggung mengekspresikan rasa dalam bentuk ayat-ayat yang panjang begini. Sudah terbiasa dengan ringkasan berbentuk puisi, mungkin.

Aku lemah menutur ayat-ayat kasih sayang bergenre jiwang yang menusuk-nusuk. Kata-kata aku selalu berbau dingin, walaupun temanya cinta.  Mungkin kerana itulah ramai berpendapat aku ni keras hati. (hahaha). Cuma tahu yang carca-marba, jadi mohon tegur jika kesalahan aku mengjengkelkan.

Pernah cuba buat cerpen, tapi hancur lebur. Cuma mampu menikmati karya-karya rakan sepenulis yang ternyata, terasa nikmat penceritaannya.

Tahun 2009, aku mula menulis di Gelanggang Puitis. Karya hingusan pertama aku adalah Akukah Itu?. Secara jujur, aku hantar penuh dengan debar. Segan. Tak yakin. Ketika itu, PETAKdaud yang menolak aku untuk sama-sama menulis dengan yakin.

Perlahan-lahan, aku beranikan diri untuk belajar lebih lagi dan bergaul dengan komuniti di Kapasitor. Link yang secara kebetulan aku jumpa, akhirnya mengikat aku dengan website yang membuka banyak peluang untuk penulis-penulis comot macam aku berkongsi rasa. Percayalah, sikit-sikit keyakinan aku makin bertambah. Perkongsian ilmu daripada ahli-ahlinya melimpah ruah.

Atas faktor kekangan masa, aku jarang-jarang masuk ke Gelanggang dan Kapasitor untuk beberapa ketika. Sekali-sekala aku akan singgah untuk berkongsi karya, bertukar khabar dan paling tidak pun, membaca secara senyap (silent reading). Bermula akhir tahun 2010 memberi aku ruang untuk lebih aktif dalam aktiviti penulisan kreatif dan peluang itu aku gunakan sepenuhnya. 

Kemunculan aku yang persis 'chipsmore' membuatkan aku terlepas banyak saat berharga di kedua-dua tempat. Jadi, baru-baru ini aku berjinak-jinak dengan #puisiTwitter (cabang website Kapasitor) supaya dapat gunakan masa dan ruang yang minimum untuk berkarya. Caranya? Mudah. Tweet saja! Sambil-sambil hantar karya, aku maksimumkan penggunaan masa untuk berinteraksi dengan penulis-penulis lain. Seronok!

Dan atas desakan jiwa yang meronta-ronta lagi, aku usahakan menulis semula di belog. Mungkin dengan cara ni boleh bagi kekuatan untuk aku hasilkan karya-karya picisan yang lebih baik. Doa aku, moga-moga aku diterima dalam arena penulisan carca-marca dan serba merepek segala.


Salam kenal daripada aku,
kosong.

19:41
26032013

Notakaki: Berbulan aku cuba habiskan tulis entri pertama ni. Hahaha.

6 comments:

  1. Aku pernah hantar satu cerpen di Kapasitor..:)

    p/s: muhun hapuskan verification code..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! Kapasitorian rupanya. apa username kat sana?

      thanks singgah sini! :)

      *alaa harus ke hapuskan? :D

      Delete
    2. err..xyah la..aku x aktif pun kat sana..dah lama xmasuk kot..hahaha

      * harus la hapuskan..aku ni rabun..jenuh nak tilik verification code tu..plus aku rasa kalau xde verification code, org lagi selesa nak komen..

      verification code: isadynt ran

      Delete
    3. oo ingatkan active member. ok ok got it.

      hahaha patut pun..! yelah2, aku disable. awkward pulak start blogging semula. dah tak reti.

      Delete
    4. aku nak tanya..entry ni sebenarnya 11 januari ke 26 mac? hahaha

      Delete
  2. hahaha diam ah. aku drafkan entry ni 11jan. Duk tulis sikit2, ha 26mac baru complete. Awkward oii menulis pnjg2 :))

    ReplyDelete